swallowing therapy

Latihan Menelan (Dysphagia Therapy) Chin Tuck Against Resistance / CTAR dengan Bola Getah

Video latihan menelan Chin Tuck Against Resistance / CTAR
GDM would like to express our heartfelt thanks to Ms Siti Amirah for her help in translation of the Malay Version of the CTAR video.

Video latihan menelan Chin Tuck Against Resistance / CTAR ini merupakan video Bahasa Melayu pertama yang dihasilkan oleh Singapore Swallowing Specialists.

Chin Tuck Against Resistance (CTAR) dengan Bola Getah

Tujuan: Untuk menguatkan otot suprahyoid yang digunakan semasa menelan. Otot-otot suprahyoid penting untuk membuka sfinkter paip makanan atas anda (sfinkter esofagus atas) untuk membolehkan makanan memasuki perut anda.

 Peralatan: 1) Bola getah, 2) jarum pam udara dan pam udara (pilihan) – untuk meningkatkan diameter dan tekanan bola

 Arahan:

 Bahagian 1: CTAR berkekalan (Isometrik)

  • Duduk / berdiri tegak dan tarik bahu ke belakang.  Kekalkan postur ini semasa latihan.
  • Pegang bola di bawah dagu dengan tangan anda dan kekalkan posisi bola sepanjang latihan.
  • Tundukkan dagu anda pada bola sekeras mungkin; dan kekalkan  selama _______ saat.
  • Ulangi _______ set seperti yang disyorkan oleh terapis / patologis pertuturan anda.
  • Rehat selama 1 minit di antara setiap set latihan.

 Bahagian 2: CTAR berulang (Isokinetik)

  • Duduk / berdiri tegak dan tarik bahu ke belakang.  Kekalkan postur ini semasa latihan.
  • Pegang bola di bawah dagu dengan tangan anda dan kekalkan posisi bola sepanjang latihan.
  • Tundukkan dagu anda, sekeras mungkin pada bola;  kemudian angkat dagu.
  • Ulangi langkah di atas untuk ________ kali dan set ________ seperti yang disyorkan oleh terapis / patologis pertuturan anda.
  • Rehat selama 1 minit di antara setiap set latihan.

Klik pada yang berikut untuk memuat turun (download) arahan latihan:

CTAR with Rubber Ball Exercise videos are available in the following languages:

* Click to view CTAR videos in the following languages.

Chin Tuck Against Resistance (CTAR) exercise is suitable for most patients with swallowing difficulties / dysphagia:

  • dysphagia or swallowing difficulties following strokes,
  • dysphagia following head and neck cancer,
  • dysphagia following Parkinson’s disease,
  • dysphagia due to late effect of radiotherapy i.e. Nasopharyngeal cancer
  • etc.